YANG TERKINI

Pelakon Pak Piee Meninggal Dunia

Pelakon Pak Piee Meninggal Dunia

Kami sedih dan pilu apabila mendapat berita bahawa Pelawak veteran kita, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pie meninggal dunia di rumah anaknya di Teluk Bahang 9 malam, 11 Julai 2016

Arwah meninggal dunia akibat sakit tua.

Berita pemergian arwah disahkan oleh rakan karibya, Omar M Hashim atau Omara sebentar tadi kepada portal Kosmo!

Menurut Omara, beliau dimaklumkan mengenai berita kematian Pak Piee dari anak perempuan arwah menerusi panggilan telefon.
"Anak dia (Pak Piee) beritahu yang bapanya baru meninggal dunia 10 minit tadi dan kini sedang sibuk menguruskan jenazah," katanya
Arwah merupakan seorang pelakon yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia dan pernah membintangi beberapa filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Nana Tanjung, Anak Mami Kembali, Lady Boss dan banyak lagi.

Pemergian arwah merupakan kehilangan besar buat industri seni negara dan juga rakyat Malaysia. Marilah kita sama - sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat - HairanBlog

tags: shafiee jaafar, pelawak pak piee, pelawak, kosmo, berita harian, jangan pandang belakang congkak, nana tanjung, lady boss

2 comments: