YANG TERKINI

Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia

Kami dimaklumkan bahawa pengasas pasar raya Mydin, Tuan Mydin bin Mohamed telah meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 5.06 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Urusan Mydin, Dato’ Hj Ameer Ali Mydin, menerusi laman Facebook Mydin Malaysia sebentar tadi.

Menurut beliau, Allahyarham meninggal kerana sakit tua.
"Pengasas dan Pengerusi Mydin Mohamed Holdings Bhd, Tuan Mydin bin Mohamed kembali kerahmatullah hari ini, 1 Ogos 2016, pukul 5.06 petang. "

"Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang mukminin. Al-Fatihah...", tulis beliau
Marilah sama - sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah - HairanBlog

tags: pengasas Mydin, pasar raya mydin, mydin, mydin bin mohamed

1 comment: