YANG TERKINI

Punca Anak Anda Gagap

“Mama, aa.. adik nak ma.. ma.. kan”. “E.. esok kita per.. per.. jalan-jalan ye mama”. Adakah masalah pertuturan anak kecil anda seperti tadi? Anda sebagai ibu bapa mesti akan risau apabila masalah pertuturan anak kecil anda bermasalah seperti itu.

Punca Anak Anda Gagap

Gagap merupakan masalah pertuturan di mana biasanya huruf pertama sesuatu perkataan diulang tanpa kawalan. Masalah pertuturan ini merupakan proses luar sedar yang akan membantutkan proses komunikasi biasa.

Punca Anak Anda Gagap

Apakah punca yang menyebabkan anak kecil anda mengalami masalahan pertuturan seperti gagap?

1. Kebimbangan yang melampau – Situasi yang menimbulkan dan memberikan kebimbang yang melampau kepada anak kecil anda. Kebimbangan yang melampau boleh juga walaupun situasi ini jarang terjadi. Cara untuk mengurangkan gagap anak kecil anda ketika ini ialah ajar anak kecil anda untuk bertenang. Secara tidak langsung dapat mengurangkan anak kecil anda gagap.

2. Psychogenic (berasal dalam pemikiran) – Masalah pertutusan yang jarang berlaku yang berpunca dari punca ini. Hal ini kerana ia akan  berlaku untuk yang mengalami masalah mental atau dalam keadaan tertekan.

3. Genetik – Terdapat juga punca dari genetik. Genetik kepada gagap boleh diwarisi. Walaupun tiada genetik khas yang dijumpai sehingga kini.

4. Masalah psikologi – Masalah pertuturan ini akan menyebabkan anak kecil anda bersa bimbang akibat gagal mencari perkataan yang khusus ketika bertutur. Oleh sebab itu mereka akan menyebabkan anak kecil anda gagap. kadang kala anak kecil anda boleh bertutur dengan normal. Terutama apabila dalam keadaan tenang. Masalah pertuturan ini bukannya masalah fizikal.

5. Gangguan fiber – Penyelidikan terkini menunjukkan masalah pertuturan dan gagap ini ada kaitan di antara fiber dan kawasan pertuturan dengan kawasan perancang pertuturan kedua-duanya di kiri sereberal hemisphere otak. Gangguan ini boleh disebabkan kerosakan otak awal atau kaitan genetik.
Masalah pertuturan atau gagap ini boleh dirawat melalui terapi pertuturan tetapi keputusan yang diterima akan berbeza-beza antara sartu sama lain. Biasanya masalah pertuturan dan gagap ini boleh dikurangkan tetapi tiada cara objektif yang boleh mengukur keputusan tersebut.

Periksa anak anda. Pastikan anak anda bebas dari gagap. Apa yang penting perhatian dan komunikasi dari ibu dan bapa  dalam perkembangan pertuturan anak.

tags: gagap, anak,bayi, punca gagap, ibu bapa

No comments