YANG TERKINI

Rahsia Bagaimana Rozita Che Wan Kekal Langsing

Rahsia Bagaimana Rozita Che Wan Menjaga Badan

Kami hairan dengan penampilan Che Ta, walaupun sudah berkahwin, namun nampak masih langsing, cantik dan jelita. Jadi kami ingin bongkar apakah rahsia beliau untuk kekal cntik dan anggun.

Difahamkan, Pelakon Rozita Che Wan mengakui perlu mengambil nasi dua kali sehari untuk mengekalkan stamina tubuh badannya. Rozita Che Wan (Che Ta) berkata dia perlu menjaga pemakanannya untuk tubuh badan yang sihat dan ideal.

“Saya tiada petua yang spesifik untuk menjaga tubuh badan. Malah diet saya pun agak berbeza daripada orang lain.

“Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga saya perlu makan nasi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

“Nasi antara makanan ruji yang sangat penting untuk saya. Saya rasa lebih bertenaga untuk meneruskan aktiviti harian yang kadang-kadang memakan masa sehingga seharian di luar.

“Saya akan pening atau masuk angin jika saya tidak mengambil nasi pada hari itu,” katanya kepada Suudu.

Selain perlu mengambil nasi, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu menegaskan pengambilan sarapan pagi adalah yang paling penting untuk menjaga tubuh badan.

“Setiap pagi saya tidak pernah terlepas untuk mengambil breakfast sebelum memulakan aktiviti harian. Ia sangat penting.

“Selain itu, minum air kosong yang banyak juga penting untuk tubuh badan anda supaya tidak dehydrated,” katanya lagi.

Hairan tak dengan tips Che Ta? Kami lagi HAIRAN! Sebelum tu, mari kita layan koleksi gambar - gambar Aasyiah Dhia Rana yang sangat comel!

tags: rozita che wan, che ta, rahsia langsing che ta, petua kurus che ta, aasyiah dhia rana, gambar rozita che wan, gambar terkini che ta, rozita che wan kurus

No comments