YANG TERKINI

Samsung Perkenalkan Note Terbaru, Samsung Galaxy Note 7

Penggemar Samsung Galaxy Note Series bakal bergetar badan dengan berita ini. Samsung hari ini secara rasminya telah mengadakan acara tahunan Unpacked mereka, dan memperkenalkan telefon pintar yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, iaitu Samsung Galaxy Note 7. Samsung Galaxy Note 7 membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dan turut dilengkapi dengan stylus tersendiri yang dinamakan sebagai S-Pen.


S-Pen pada Samsung Galaxy Note 7 hadir dengan mata yang lebih kecil berbanding sebelumnya, iaitu 0.7mm. Fungsi Air Command untuk S-Pen juga turut ditambah, termasuk sokognan Magnify dan Translate.

Untuk memudahkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi berkaitan S-Pen, kini Samsung mengumpulkannya semua dibawah satu aplikasi yang dinamakan sebagai Samsung Notes. Samsung mengatakan S-Pen baru ini menawarkan pengalaman menulis seumpama pena sebenar, dan turut boleh digunakan untuk mencatat nota ketika skrin dalam keadaan basah.

Kali ini Samsung Galaxy Note 7 hadir dengan sokongan kalis air IP68. Ia membolehkan peranti ini digunakan di dalam air sehingga 5 kaki dalam selama 30 minit.



Disamping S-Pen, satu lagi ciri menarik pada Galaxy Note 7 yang mencuri perhatian dan telah diperkatakan lama adalah kebolehan mengimbas mata untuk sekuriti tambahan. Pengimbas mata ini merupakan sekuriti biometrik tambahan selain pengimbas jari, dan turut boleh digunakan untuk mengakses peranti, membuat pembelian pada Google Play Store, serta menyokong Samsung Pass.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Note 7 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan Quad HD 2560×1440 pixel, dijana menggunakan cip pemprosesan Exynos 8890, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB UFS 2.0, dan mikro-SD sehingga 256GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera 12-megapixel pada bahagian belakang dengan sokongan penstabila imej optikal, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan tanpa wayar atau menggunakan USB Type-C bagi mengecas bateri berkapasiti 3500mAh.

Skrin Galaxy Note 7 membawakan rekaan sedikit melengkung pada bahagia kiri dan kanan. Dengan skrin yang melengkung, ia turut menyertakan fungsi Edge Panel padanya. Galaxy Note 7 turut hadir dengan sokongan penstriman video HDR, menjadikan video yang ditonton lebih menarik seumpama sinema.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah perisian Android 6.0.1 Marshmallow yang hadir dengan penambahan antaramuka tersendiri daripada Samsung.

Bersama-sama dengan Galaxy Note 7, Samsung turut mengumumkan Gear VR baru yang menyokong port USB Type-C dan diberikan kemaskini untuknya.

Galaxy Note 7 akan dijual di Malaysia bermula 19 Ogos ini pada harga RM3199.



Sumber - Amanz

tags, samsung, samsung galaxy, samsung galaxy note, samsung galaxy series, samsung galaxy note 7, galaxy note 7, samsung note 7, harga samsung galaxy note 7

No comments