YANG TERKINI

Raja Farah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara Raja Farah yang telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 3.55 pagi, Rabu.


Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 28, menerusi Instagram miliknya memaklumkan bayi seberat 3.16 kilogram itu dilahirkan secara normal.

"Syukur ke hadrat Allah di atas anugerah ini dan terima kasih kepada semua doa dan kata-kata sokongan daripada kawan-kawan dan peminat," katanya.

Pelakon itu turut memuat naik gambarnya bersama suami, Iskandar Ismail, 34 dan bayi mereka untuk tatapan peminat.



Raja Farah dan Iskandar, berkahwin pada 6 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.

Ia adalah perkahwinan kedua pelakon itu selepas bercerai dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, Raja Farah tidak dikurniakan anak

tags: raja farah, bayi lelaki, iskandar ismail,

No comments