YANG TERKINI

Askar Gemuk Di India Disekat Dari Kenaikan Pangkat


Askar Gemuk Di India Disekat Dari Kenaikan Pangkat

Di New Dehli khabarnya, anggota tentera mereka yang gemuk diberi kata dua sama ada berusaha menurunkan berat badan dan menjadi cergas atau tiada peluang kenaikan pangkat.

Tindakan dibuat berikutan terlalu ramai anggota tentera memiliki berat badan berlebihan dan kelihatan tidak kemas memakai pakaian seragam, kata kepemimpinan tentera, ketika melancarkan perang terhadap obesiti.

Tambah lagi, menurut kalangan tentera India sendiri isu ini mempunyai kesan serius bukan hanya menjejaskan kesediaan berperang tetapi membawa kepada penyakit yang boleh dielakkan,

Komander tentera percaya peningkatan masalah obesiti menyebabkan pengurangan jangka hayat selain memalukan apabila berada di khalayak kerana penampilan tidak kemas ketika memakai seragam.

Semua pegawai dan anggota tentera dalam pasukan itu, ketiga terbesar di dunia dengan lebih 1.3 juta anggota, akan menjalani 'pemeriksaan penilaian obesiti' tahunan, kejayaan atau kegagalan memberi kesan kepada peluang kenaikan pangkat. Jika anggota tentera memiliki berat badan berlebihan, satu set gambar akan disertakan dengan fail penilaian, menurut laporan akhbar.

Pegawai penyelia diarah melaporkan anggota yang memiliki Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih 10 peratus mengatasi tahap ditetapkan kepada ibu pejabat. Fail kes akan dikumpul dalam laporan tahunan sulit yang akan diedarkan dalam kalangan unit perubatan tentera untuk penilaian. Anggota gemuk yang gagal ujian kecergasan akan dilarang daripada bekerja di luar negara, latihan kerjaya dan prospek penempatan semula di bandar raya besar di negara itu.

Menurut sumber tentera, tindakan menghapuskan obesiti diilhamkan Ketua Turus Staf ketika ini, Jeneral Dalbir Singh, yang dilaporkan berlari 10 kilometer sehari dan diketahui cukup cergas.

Sumber: Berita Harian

tags: askar gemuk, kenaikan pangkat, askar india, india, obesiti

1 comment:

  1. Haa..bgs buat gitu.

    Salam singgah dari "http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html"

    ReplyDelete