YANG TERKINI

Ibu Perdagangkan Anak Sendiri untuk Seks


Ibu Perdagangkan Anak Sendiri untuk Seks

Di Johor Bahru, seorang pembantu rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana memperdagangkan anak perempuannya sendiri yang baru berusia 13 tahun untuk eksploitasi seks, tahun lalu.

Tertuduh, Lai Siew Jze berusia 47 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. Dia didakwa memperdagangkan seorang kanak-kanak dengan maksud untuk eksploitasi seks di sebuah bilik hotel di Jalan Tebrau, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi pada 20 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon dibebaskan dengan jaminan dan memberi alasan perlu kembali bekerja sebagai pembantu rumah di Australia untuk menyara keluarga, termasuk tiga anak yang masih belajar, manakala suami tidak bekerja. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 9 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


Sumber: Berita Harian

tags: perdagang anak, seks, eksploitasi seks, ibu, pembantu rumah, johor bahru

1 comment:

  1. Kami adalah situs agen judi online yang merupakan agen poker & agen domino online uang asli terbesar dan terpercaya di Indonesia. Kami hadir dengan sistem program terbaik yang menjamin keamanan data para member dan server canggih berkecepatan tinggi yang menjamin permainan cepat dan lancar tanpa macet. (PIN BBM : 7AC8D76B)














    ReplyDelete