YANG TERKINI

Lelaki Jual Isteri di eBay




Seorang lelaki Britain berusia 33 tahun bertindak menjual isterinya di laman eBay, kerana mendakwa isterinya itu langsung tidak bersimpati dengannya ketika jatuh sakit.

Simon O'Kane dari Wakefield, Yorkshire, menyiarkan gambar isterinya, Leandra, 27, di eBay minggu lalu dan memberi butiran alasan beliau menjual wanita berkenaan dan baik buruk 'pembelian' itu. O'Kane menekankan 'keadaan masih baik dan kemahiran di dapur'.

Bidaan iklan bertajuk 'isteri terpakai' sudah mencecah 65,880 pound (RM359,298).

Bapa kepada dua anak itu membuat senarai selepas mendakwa Leandra tidak menunjukkan tanggungjawab sebagai isteri setia, lapor Daily Express. Beliau terperanjat apabila bidaan mencecah 65,880 pound dalam masa dua hari walaupun isterinya 'mahu membunuh beliau' apabila mengetahui dia 'untuk dijual.'


Jurutera telekom itu berkata: "Saya pulang daripada kerja berasa letih dan tidak sihat, isteri saya cuma menunjukkan kebimbangan seperti biasa tetapi saya menanggung kesakitan sendirian. Saya rasa mahu menjual dia.

Iklan itu berbunyi : Isteri untuk dijual.  Bukan baru kerana sudah dipakai tetapi masih ada baik.  Kebaikan: keadaan masih baik dan ada kemahiran di dapur. Keburukan: Kerap membuat bising yang tidak boleh didiamkan kecuali menempah peralatan logam bersinar baru. Kadang-kadang kemahiran di dapur boleh membuatkan anda dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, Leandra yang juga pakar kecantikan berkata beliau sangat marah dengan tindakan suaminya itu sehingga rasa seperti mahu membunuhnya. "Suami saya bukan hanya mahu menjual saya tetapi juga meletakkan gambar buruk.Semua orang di tempat kerja saya melihat dan ketawa.


Sumber:  Berita Harian

tags: isteri terpakai, ebay, suami jual isteri, britian, london 

No comments