YANG TERKINI

Kes Pertama Virus Zika Dikenalpasti Di Klang

Kes Pertama Virus Zika Dikenalpasti Di Klang

Di khabarkan seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus Zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata wanita berkenaan berada di Singapura selama tiga hari bermula 19 Ogos lalu. 

Katanya, selepas pulang dari negara berkenaan wanita itu mengalami beberapa gejala Zika seperti demam dan ruam di beberapa anggota badan. "Wanita berkenaan sedar mempunyai tanda-tanda demam itu selepas seminggu pulang dari Singapura, dan kemudiannya merujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pengesahan. 

"Hasil pemeriksaan melalui air kencing, mangsa disahkan positif virus Zika bersama anaknya. Manakala suaminya yang turut bersama ke Singapura tidak dijangkiti virus itu," katanya dalam sidang media di kementeriannya, di sini hari ini. 

Dr Subramaniam berkata, kementerian sudah mengambil langkah kawalan di kawasan perumahan wanita berkenaan di Taman Botanik bagi mengawal virus daripada berkenaan merebak. "Saya turut meminta supaya orang awam dapat meningkatkan tahap kawalan pembiakan aedes di kawasan rumah masing-masing," katanya.

"Langkah kawalan yang dilaksanakan termasuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes, membasmi larva nyamuk dan semburan kabus racun serangga selain mereka yang mempunyai hubungan terdekat pesakit diperiksa serta dipantau sama ada mengalami demam atau simptom Zika yang lain. 

"Kes pertama Zika yang dilaporkan di Malaysia menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak seperti Singapura dan orang ramai perlu meningkatkan usaha menghapuskan nyamuk Aedes yang menjadi vektor pembawa penyakit Zika, denggi dan Chikungunya ini. 

"Mereka yang berkunjung ke negara yang mengalami wabak Zika atau mempunyai simptom penyakit ini perlu segera menjalani pemeriksaan darah supaya penularan wabak ini dapat dibendung," katanya.


Waspada akan bahaya virus zika yang menyerang ibu hamil dan mengakibatkan kecacatan janin dalam kandungan dan menyebabkan bayi lahir ukuran kepala bayi yang lebih kecil atau disebut Microcephaly.

Zika virus adalah disebabkan gigitan nyamuk dan menyebabkan bayi lahir cacat dan kelainan ukuran kepala bayi. Tanda gejala orang terkena virus zika antara lain demam, timbul ruam, nyeri sendi dan mata merah (Konjungtivitis), pusing.

Virus Zika, chikungunya dan demam berdarah dengue ditularkan melalui perantara nyamuk yang sama yaitu nyamuk Aedes Aegypti. 

Sumber: Berita Harian

tags: virus zika, nyamuk, kes pertama, klang


No comments