YANG TERKINI

Jabat Tangan Anwar Ibrahim, Tun Mahathir Terdesak, kata Salleh Keruak


Semalam netizen dikejutkan dengan satu peristiwa yang penuh nostalgia apabila Tun Mahathir berjabat salam dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai yang menyokong dan ramai juga yang memberi tohmahan.

Namun, komen dari Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr. Salleh Said Keruak berkata kehadiran Tun Mahathir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim menunjukkan betapa terdesaknya keadaan yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Jabat Tangan Anwar Ibrahim, Tun Mahathir Terdesak, kata Salleh Keruak

Tambah beliau lagi, perkara itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
"Inilah apa yang kita panggil kepentingan politik. Ia jelas menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir," kata beliau dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.
Menurut Salleh, Mahathir tahu parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak mampu melangkah jauh secara sendirian.
"Jadi, beliau perlu menumpang Pakatan Harapan, seperti kapal angkasa yang memerlukan sebuah roket. Sebab itulah Mahathir cuba membina jambatan dengan Anwar - untuk memikat hati Pakatan," katanya.

"Mahathir akhirnya mengaku beliau sebenarnya tidak memiliki kekuatan untuk menjadikan partinya berjaya. Beliau perlu tumpang atas Anwar dan Pakatan,"

"Perbuatan Mahathir berjabat tangan dengan Anwar hari ini samalah seperti apa yang berlaku pada 1998, sehari sebelum Mahathir memusnahkan Anwar. Kucupan Mahathir adalah kucupan maut," katanya.
HairanBlog - Seraya membaca ayat -ayat dari blog Salleh Keruak itu , kami tertawa kecil kecilan

tags: tun mahathir, salleh keruak, menteri komunikasi dan multimedia, datuk seri anwar ibrahim, politik malaysia

No comments