YANG TERKINI

Ainan Tasneem Bakal Mengakhiri Zaman Bujang Tahun Hadapan, Nekad Berhenti Menyanyi

Ainan Tasneem Bakal Mengakhiri Zaman Bujang Tahun Hadapan, Nekad Berhenti Menyanyi

Ainan Tasneem suatu ketika dulu mendapat perhatian dengan video nyanyiannya di Youtube dan digelar artisYoutube.  Antara lagunya yang pernah popular dan dimintai ramai adalah 'Aku Suka Dia' dan '150 Juta'. Namun selepas itu,  kelibat Ainan Tasneem jarang untuk muncul di kaca TV dan kurang cerita tentang Ainan Tasneem di media.

Sehinggalah baru - baru ini, Ainan Tasneem menggumumkan Beliau bakal berkahwin dengan seorang jurutera yang dikenali sebagai Ariff pada 7 Januari tahun hadapan hanya selepas dua bulan berkenalan.

Saya buat keputusan untuk menerima lamaran dia (Ariff), walaupun kami baharu sahaja berkawan sejak dua bulan lalu. Saya buat solat ikhtiharah setiap hari dan yakin dengan keputusan ini. Lagi pula kami memilih untuk mengenali lebih dekat selepas berkahwin nanti.
Keikhlasan hati Ariff berjaya memikat hati Ainan apatah lagi lelaki berkenaan cukup bertanggungjawab dan menjaga keluarganya dengan begitu baik sekali.

Semuanya berjalan dengan pantas dan Allah telah dipermudahkan urusan kami, keluarga kedua-dua belah pihak juga setuju dan mahu ia dilangsungkan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Saya juga sudah bersedia untuk berkahwin kerana sebelum ini saya banyak kali bercinta dan gagal dalam percintaan.  
Ainan Tasneem Bakal Mengakhiri Zaman Bujang Tahun Hadapan, Nekad Berhenti Menyanyi

Pada masa yang sama, Ainan memberitahu beliau sudah mengambil keputusan untuk berhenti daripada bidang nyanyian selepas sah bergelar isteri. Keputusan beliau itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusannya MVM Music  walaupun Ainan masih lagi mempunyai empat bulan kontrak bersama syarikat berkenaan.

Saya yang buat keputusan untuk berhenti menyanyi selepas berkahwin dan saya sudah maklumkan hal ini kepada syarikat rakaman. Kontrak saya dengan MVM hingga April tahun depan dan rasanya mereka juga tidak menghalang pendirian saya ini.
Majlis akad nikah Ainan dan Ariff akan diadakan pada sebelah pagi pada 7 Januari di Hotel Blue Wafe Shah Alam, manakala majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah petang

Ainan Tasneem Bakal Mengakhiri Zaman Bujang Tahun Hadapan, Nekad Berhenti Menyanyi


Sumber: Beautifulnara

tags: ainan tasneem, mengakhiri zaman bujang, ainan tasneem nikah 7 januari 2017, aku suka dia, 150 juta, ainan tasneem berhenti nyanyi


1 comment: