YANG TERKINI

Anggota Tentera Dijatuhkan Hukuman 16 Tahun Penjara dan 10 Sebatan Akibat Merogol


Seorang anggota tentera dikenakan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita di Machang, pada Februari tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin mengenakan hukuman terhadap Muhammad Hafizan Pauzi, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hafizan, yang bertugas sebagai anggota tentera di Temerloh merogol seorang wanita berusia 22 tahun di loji air Merbau Chondong, Pulai Chondong, Machang jam 6.30 petang pada 16 Februari 2015.

Tertuduh yang berpangkat prebet itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias, meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh memandangkan kejadian itu dirancang, bukannya disengajakan. 

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Ahmad Zubairi Salleh memohon hukuman ringan dikenakan memandangkan tertuduh masih bertugas sebagai anggota tentera. 

Ahmad Zubairi turut meminta hukuman berkenaan ditangguhkan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi. Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan jaminan RM20,000

Sumber: Berita Harian

tags: anggota tentera dijatuhkan hukuman, 16tahun penjara, 10 sebatan, kota bahru, anggota tentera, machang

No comments