YANG TERKINI

Dottie Bakal Diijabkabulkan Disember Ini

Dottie Bakal Diijabkabulkan Disember Ini

Pelakon bertubuh comel, Nor Syuhaida Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Dottie mengesahkan bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati pada 25 Disember depan.

Dottie juga memberitahu, majlis pernikahan akan diadakan di sebuah masjid di Putrajaya. Ini disusuli majlis persandingan pada 7 Januari di lokasi yang belum ditetapkan.

Saya sudah mula membuat persiapan. Kelam kabut kerana masa pejam celik berlalu dengan cepat. Setakat ini, belum sampai 50 peratus kelengkapan yang siap. Sekarang sudah masuk bulan Oktober. Tapi insya-Allah, semuanya akan dipermudahkan

Dottie mengaku telah pun bertunang dengan jejaka pilihan hati pada 17 April lalu tetapi tidak dihebohkan. Namun, ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Global Solution Resources Sdn Bhd bersama barisan pelakon filem Surf This Love yang dibintanginya di Serdang, beberapa bulan lalu, Dottie menunjukkan cincin pertunangannya.

Bercerita lanjut mengenai si dia, Dottie mengaku mengenali jejaka berkenaan tidak sampai setahun. "Dia orang biasa dan bekerja sendiri," katanya. Mula berlakon sejak tahun 2010, Dottie muncul dalam banyak drama dan telefilem.

Dottie juga membintangi filem Hantu Bonceng, Pada Suatu Cinta Dahulu, Pilot Cafe dan terbaharu, Surf This Love yang diterajui Shukri Yahaya dan Cristina Suzanne.

Sumber: Berita Harian

tags: dottie, dottie diijabkabulkan disember, nikah, 25 disember, krismas

No comments