YANG TERKINI

Najwa Latif Ingin Sambung Pengajian Di Luar Negara

Najwa Latif Ingin Sambung Pengajian Di Luar Negara

Siapa tidak asing dengan peyanyi Najwa Latif, 21 yang mencetuskan fenomena dengan lagu cinta muka buku diawal kemunculannya. Najwa Latif sekarang dikhabarkan sibuk menghabiskan pengajian di UNITAR International Universiti dengan major Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Najwa Latif turut memberitahu keinginannya untuk menyambung pengajian dalam bidang Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di luar negara tahun depan apabila tamat pengajian di UNITAR.

Najwa atau nama penuhnya, Imratul Najwa Abdul Latif, memberitahu beliau sudah menghantar beberapa permohonan dan menunggu jawapan daripada universiti pilihan.

 Saya tak tahu lagi ke mana hendak dituju. Setakat ini, saya sudah menghantar permohonan di beberapa tempat... Tunggu saja keputusannya. Lagipun saya perlu menghabiskan semester terakhir dalam bidang Sarjana Muda Bahasa Inggeris di Universiti Antarabangsa UNITAR sebelum menyambung pengajian ke peringkat seterusnya
Najwa Latif Ingin Sambung Pengajian Di Luar Negara

Mengenai kariernya, selepas sembilan bulan menyepi bagi memberi fokus kepada pengajian, Najwa tampil dengan single ke-12 berjudul Biar. Najwa berkata, lagu ciptaan bersama kakaknya, Ika, dihasilkan dalam acuan moden dan segar, selari dengan aliran muzik semasa.

Biar sengaja dihasilkan dalam acuan pop dan catchy. Lagu itu disuntik unsur cinta dalam lirik yang sesuai dengan cita rasa remaja. Secara ringkas, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap kematangan, malah selari dengan umur saya

 Tidak meletakkan harapan tinggi untuk lagu berkenaan, Najwa berharap Biar dapat menjadi inspirasi kepada peminat dan pencinta muzik tempatan. Peminat yang rindukan aksi Najwa boleh menonton video muzik Biar di laman YouTube.

Sumber: Berita Harian

tags: najwa latif, najwa latif belajar luar negara, UNITAR, cinta muka buku

No comments