YANG TERKINI

Rahila Tinggalkan Kerjaya Jururawat Demi AF


Rahila Tinggalkan Kerjaya Jururawat Demi AF

Demi mengejar cita-cita menjadi penyanyi, peserta tunggal dari Singapura dalam Akademi Fantasia (AF) 2016, Rahila, 20, sanggup berhenti kerja sebagai jururawat di hospital di Singapura.

Akibat daripada pemberhentian kerja tersebut, Rahila  terpaksa meminjam wang berjumlah kira-kira RM7,600 bagi membolehkannya menyertai rancangan realiti terbabit. Tersingkir pada peringkat separuh akhir, Ahad lalu, pemilik nama penuh Nurul Rahila Rashun perlu membayar ganti rugi kepada sebuah hospital kerana membuat keputusan berhenti kerja sebagai jururawat di pusat rawatan berkenaan secara serta-merta.
Saya berharap perjuangan saya dalam bidang seni tidak bernoktah di sini. Saya harus membayar kepada pihak hospital wang yang bernilai sebulan gaji (SGD2,500) kerana berhenti kerja tanpa notis. Saya terpaksa meminjam dulu wang terbabit daripada keluarga untuk mencapai impian saya menyertai AF 2016. Saya bekerja di sebuah hospital di Singapura sebagai jururawat.

Ketika saya mendapat tawaran menyertai program terbabit, permohonan saya untuk bercuti tanpa gaji tidak diluluskan. Oleh itu, saya mengambil keputusan nekad untuk menyertai AF 2016 dan mencuba sehabis baik untuk bertahan sehingga ke peringkat ini. Kecewa rasanya kerana single ciptaan Hang Nadim sudah siap dirakamkan, namun mungkin keutamaan diberikan kepada pemenang. Harapnya lagu yang diciptakan untuk saya itu tidak akan disia-siakan.
Rahila berkata, enggan menjadikan tubuh gempal sebagai penghalang untuk bergerak aktif dalam bidang seni. Beliau menegaskan tidak akan teragak-agak menurunkan berat badan sekiranya aspek itu menjadi antara tuntutan untuk menjadi penyanyi.

"Saya turun sebanyak tiga kilogram ketika mula-mula masuk ke AF dulu, namun sukar untuk saya terus berdiet kerana hidangan semua enak-enak belaka. Namun, saya akan menurunkan berat badan sekiranya saya diminta berbuat demikian," kata Rahila.

tags: rahila tersingkir, rahila tinggalkan kerjaya jururawat, singapura, af 2016

No comments