YANG TERKINI

Cerita Upin - Ipin Jeng Jeng Jeng, Indah Khabar Dari Rupa?


Adakah anda sudah menonton Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng kini sedang hangat ditayangkan di pawagam? Rata - ratanya sudah tahu bahawa kanak-kanak pasti teruja untuk melihat watak kartun kegemaran mereka di panggung wayang. Ibu bapa pun teruja dan gembira untuk membawa anak-anak mereka berseronok serta bergelak ketawa menonton filem ini. Mana tidaknya, watak Upin Ipin memang ikonik dan dikenali oleh seluruh kanak-kanak di Malaysia. Untuk makluman, filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng adalah satu filem usahasama antara Les’Copaque Production dan KRU Studio.

Namun, berdasarkan review dan pengamatan kami di laman sosial, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Kami difahamkan watak Upin Ipin bukanlah watak utama sedangkan tajuk filem ini adalah Upin Ipin. Ternyata ramai yang kecewa, lebih-lebih lagi ibu bapa yang membawa anak-anak mereka menonton filem ini. Salah seorang penonton telah mendakwa dirinya rasa tertipu.
Kecewa betul luahan hati penonton ini. Biasalah bila kita mempunyai harapan yang tinggi, tup-tup dikecewakan sebegini. Memang pedih rasanya. Namun Norman KRU mempunyai penjelasannya tentang perkara ini. Kata Norman:-
Bagi saya ini semua bergantung kepada unsur penerimaan kerana mungkin orang mengharapkan filem upin ipin ini 100% menceritakan tentang animasi sahaja. Ramai sebenarnya yang salah kerana mereka beranggapan untuk melihat animasi upin dan ipin daripada mula hingga ke hujung filem ini.

Kerana sejak dari awal lagi kita sudah cakap dimana filem ini menceritakan tentang yang hidup dan animasi. Tidak akan menjadi cerita la jika kesemua filem ini hanya cuma menampilkan Upin dan Ipin sahaja.

Sebenarnya kita hendak menghidupkan watak-watak setiap pelakon bagi mewarnakan lagi filem ini dengan babak-babak tertentu untuk mengerakkan cerita melalui konflik yang terjadi. Dalam masa yang sama cerita upin ipin ini masih mengekalkan mesej utamanya iaitu untuk memberi mesej2 positif kepada penonton

Tapi jangan terkejut, filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng telah pun mengutip RM3 juta selepas 4 hari ditayangkan. Ini satu angka yang cukup mengkagumkan. Mungkin anda yang dah tengok boleh kongsikan pendapat di ruangan komen. Best ke tidak filem ini?

Sumber: Beautifulnara

No comments