YANG TERKINI

4 Tanda Lelaki Tidak Serius Dalam Perhubungan - Ladies Please Take Note!

4 Tanda Lelaki Tidak Serius Dalam Perhubungan - Ladies Please Take Note!

Mencintai lelaki adalah hak setiap wanita. Namun bukan bererti anda harus dibutakan cinta dan menyiksa diri sendiri. Walaupun kadang kita sayang sangat pasangan kita tu, tapi kalau perangai pun buat kita geram dan buat hati bertambah parah, It time to let it go ~

Kerana, tidak semua lelaki sesuai untuk anda tunggu. Terutama mereka yang tidak pernah menunjukkan perasaannya pada anda dan selalu menghindari anda. Jangan buang masa untuk lelaki yang tidak mencintai anda.  Antara tanda-tanda lsifat lelaki yang tidak serius dalam perhubungan cinta dengan anda :-

1) Lambat membalas mesej


Anda bersemangat menunggu teks mesej dari dia dan akan membalasnya dalam beberapa minit sahaja. Tetapi kemudian anda perlu menunggu berjam-jam atau malah berhari-hari untuk mendapat balasannya. Ini adalah petanda bahawa dia tidak menganggap anda penting dalam hidupnya. Selain itu, anda juga perlu melihat balasannya. Adakah hanya sekadar jawapan “ya” dan “saya tak tahu” atau kelihatan berminat dalam perbualan tersebut. Jika dia sekadar membalas “ya”, sudah dapat dipastikan dia tidak menyukai anda.

2) Tidak melayan anda berbeza


Jika lelaki melayan anda seperti rakan-rakannya yang lain, ertinya dia memang menganggap anda sebagai rakan. Berbeza jika dia menyukai anda, dia akan melayan anda dengan berbeza atau istimewa. Terutama ketika berinteraksi berdua. Tetapi jika dia memang tidak mengistimewakan anda, bermakna anda harus menerima kenyataan bahawa dia tidak suka pada anda.

3)Menghilangkan diri 


Menghilang berhari-hari atau berminggu-minggu tanpa khabar adalah penunjuk bahawa dia tidak menyukai anda. Dia tidak mahu berpayah menyediakan waktu untuk anda kerana dia tidak tertarik pada anda. Selain itu, ini dilakukan kerana dia bingung memberitahu anda bahawa dia tidak berminat. Jika anda bertemu lelaki seperti ini, segera tinggalkan dirinya kerana sudah jelas dia adalah jenis orang yang senang menghilangkan diri ketika ada masalah dan tidak boleh memberi komitmen.


4) Selalu beralasan


Orang yang berkali-kali memberi alasan untuk bertemu dengan anda tidak layak berada dalam hidup anda. Ini bermakna dia mencari alasan untuk mengelakkan diri dari anda, entah dengan alasan penat, sibuk atau bekerja. Jika dia selalu beralasan setiap kali anda mengajaknya bertemu, ini bermakna dia tidak menyukai anda. Jangan buang masa anda untuk lelaki seperti ini.

4 Tanda Lelaki Tidak Serius Dalam Perhubungan - Ladies Please Take Note!


tags: tanda lelaki tidak serius, sifat lelaki, membuang masa, lelaki terangung , cinta 

No comments