YANG TERKINI

Confirmed! He is Autistic - Nukilan Fynn Jamal

Nukilan Fynn Jamal Mengenai Delima Ibu  Autisme

Ikuti nukilan Fyn Jamal di Facebooknya yang menceritakan bagaimana delima seorang ibu yang mempunyai anak autisme.  Memang sedih bila baca tulisan Fyn Jamal ni. Kuat betul mereka ni membesarkan anak yang tidak normal seperti orang lain. 



"confirmed", kata psychiatrist yg diagnose juna. "he is autistic".
.
minggu itu juga aku balik kampung jumpa abah ibu. sesekali menangis. bukan pasal tak redha anak kita disahkan tak normal-- tapi risau bila kita dah tak ada.
.
siapa nak jaga dia?
yg boleh kasih dia?
.
yg kalau dibela dari kecik mungkin boleh--
tapi kalau mummy daddy ajal masa dia umur 30 lebih usia--
atok nenek semua dah tak ada--
ada ke yang sudi layan budak kecik dalam jasad orang tua?
.
kemudian pagi di rumah abah itu, ketika aku buka tv, aku nampak kak @zarinazainuddin_ sdg bercakap ttg anak kembarnya yg autistik: azal dan azil.
.
aku paling ingat kata kak ina masa tu:
saya pernah ckp pd azal; "jom kita matilah azal. ibu cekik awak dgn abang, lepas tu ibu pun mati. kita mati sama2".
.
wallahi bab itu betul2 buat aku terpana. i know EXACTLY how it feels. risau siapa nak jaga dia.
.
rasa nak mati.
.
but there she was on the tv screen-- talking about autism. masih bernyawa.
.
susah--
tapi bernyawa.
oklah.
.
and it hits me.
.
of course bila musibah dtg, kita tergamam. kita bukan umat terpilih yg bila dtg permasalahan kita bersorak dan berterima kasih. it'll take a while-- tp kita adapt dgn gigih.
.
at times bila kita rasa rebah, seru الله. minta tolong. dgn yakin minta tolong. tidaklah الله dtg dari singgahsananya semata utk kita, but he would respond from ways we choose to listen to his answer.
.
kak ina survived. sampai skrg dia tekun tak berserah. sgt resilient dan tak kenal rebah.
.
she thought of death--
havent we all?
tp dia masih tetap ada.
.
dan kalau dia yg lagi susah pun boleh, takkan aku nak lemah? kalau org dgn anak terkujur pun boleh, takkan aku berserah? kalau org dgn anak dah ajal, takkan aku nak sentap marah?
.
aku akan mati. semua akan mati. aku rancang mcmmana pun utk juna lps aku mati-- SEMUANYA kerja الله. pandailah الله uruskan juna; pada siapa, hidup mcmmana. aku patut tawakkal pada الله.
.
and that was what taught me that day kat rumah abah. pengajaran dari الله melalui kekuatan kak ina.
.
point aku adalah:
you have questions about anything--
ask الله.
.
dia sentiasa menjawab.
itu janji الله pada kita.
.
kita ni--
tinggal sudi tak sudi dengar je.


Sumber: Fynn Jamal

tags: austistic, autisme, fynn jamal, zarina zainuddin, azal,azil

No comments