YANG TERKINI

Jadilah Isteri Pengikat Hati Suami

Jadilah Isteri Pengikat Hati Suami


Bagi anda yang bakal melangkah ke alam perkahwinan, pastinya debaran kian terasa. Walaupun sudah lama bercinta, alam rumah tangga yang bakal tiba dan berkongsi hidup bersama sangat berbeza. Kerana dari situlah anda mengenali buruk baik pasangan yang belum anda ketahui semasa alam percintaan.

Namun, masih belum terlambat untuk jadi yang terbaik untuk suami anda. Usah lemahkan keyakinan dengan kekurangan anda, akan tetapi cuba ubah dan jadi yang terbaik untuk bakal suami yang tercinta.

Berikut merupakan ciri-ciri wanita dalam menambat hati sang suami sekaligus mengikat hati suami anda sehingga ke syurga.


PENYABAR

Tidak semua wanita dilahirkan mempunyai sikap yang sabar kerana wanita seringkali lebih emosional dalam tindakan dan bersikap terburu-buru. Cubalah pupuk sikap sabar dalam diri anda supaya bakal suami anda lebih menghormati anda. Sekiranya sebelum ini anda bersikap kuat cemburu dalam perhubungan, cuba pujuk diri anda supaya lebih  positif dan bertoleransi dengan baik sekiranya ada permasalahan yang timbul. Pastinya rumah tangga anda mekar bahagia sekiranya anda positif dan sabar dalam setiap hal yang timbul.


KEIBUAN

Sikap keibuan sangat penting dalam diri seorang wanita. Ini kerana dalam rumah tangga, anda bakal mempunyai anak dan bertanggungjawab mendidik anak-anak tersebut menjadi seorang yang berjaya dan berguna. Jadilah wanita yang lemah lembut dan bersikap keibuan untuk memikat hati suami anda. Wanita yang bersikap keibuan kelihatan lebih tenang dan juga mampu mendamaikan hati suami yang memandang setiap kali penat pulang bekerja.


MANJA

Lelaki umumnya sangat menyukai wanita yang manja. Tidak salah anda manja dengan suami sendiri tapi jangan terlalu manja dan mengada-ngada kerana sikap seperti ini boleh membuatkan bakal suamimu bosan dan jemu. Sikap manja berlaku dalam situasi yang bersesuaian dan bukanlah dibuat-buat di hadapan orang. Jadilah wanita yang bijak dalam menambat hati si dia. Sekali sekala jadi isteri yang manja dan nakal pastinya menyerikan lagi rumahtangga yang dibina.


MEMAHAMI

Walaupun anda teman wanitanya, tidak bermakna anda memahami segala kehendak hatinya. Sekiranya anda sedang dilamun cinta, jadilah pasangan yang sentiasa memahami situasi pasangan anda tidak kira dari segi kewangan, keluarga, persahabatan, permasalahan atau saat dia bersenang lenang. Sekiranya si dia sedang menghadapi masalah cuba cari jalan penyelesaiannya bersama dan usah pentingkan diri dengan melarikan diri dari masalah tersebut.


TERIMA SEADANYA

Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dalam memilih pasangan hidup. Sekiranya anda benar-benar menyayanginya, terimalah si dia seadanya sama ada kacak, cantik,  buruk, atau sebagainya. Jangan disebabkan dia tidak kaya atau mempunyai kedudukan ekonomi yang tidak stabil membuatkan anda meninggalkannya.


HARGAI PASANGAN

Hargailah pasangan anda tatkala dia bersama anda. Jangan sesekali leka dengan telefon bimbit setiap kali anda keluar bersama. Tumpukan perhatian anda pada si dia dan lupakan masalah pejabat yang timbul untuk sementara. Setiap kali berjumpa, pujilah pasangan anda dengan perkataan-perkataan indah dan manis supaya dia merasa lebih dihargai dan disayangi.


JAGA PERNAMPILAN

Penampilan yang selekeh dan tidak terurus semestinya tidak disukai oleh mana-mana lelaki. Wanita terkenal dengan sikap pembersih, menjaga kecantikan dan penampilan. Sikap inilah yang menambat hati lelaki. Sekiranya anda sentiasa menjaga penampilan, pasti si dia tidak teragak-agak untuk melayari alam rumah tangga bersama anda kerana yakin anda pasti menjaga kebajikannya dengan baik dan teratur.



TIDAK BERKIRA

Sikap senang bertoleransi dan tidak berkira akan lebih memikat hati lelaki. Anda perlu memahami tahap kewangan si dia dan tidak terlalu mendesak dengan meminta-minta sesuatu yang tidak mampu diberikannya. Seandainya si dia amat memerlukan bantuan kewangan anda, bantulah dia seadanya dan ingat! Jangan terlalu memberi sehingga anda habis segalanya sebelum sah bergelar miliknya.


tags: isteri pengikat hati suami, isteri solehah, suri hati mr pilot, 7 hari mencintai 

1 comment:

  1. Numpang Promo ya Bos
    Welcome
    POKERVITA
    DAFTAR POKER
    POKER TERPERCAYA
    POKER TERBAIK
    POKER TERNYAMAN
    POKER TERBAIK
    POKER BANYAK BONUS
    Contact Us Person :
    LIVECHAT P`0`K`E`R`V`1`T`A .com
    BBM : D.8.E.B.7.E.6.B
    Salam Sejahtera untuk kita semua ^^

    ReplyDelete