YANG TERKINI

Usaha Memastikan Diri Subur, Makanan Ini Perlu Ada Dalam Jadual Pemakanan Anda

Usaha Memastikan Diri Subur, Makanan Ini Perlu Ada Dalam Jadual Pemakanan Anda


Dalam usaha memastikan diri subur, anda digalakkan untuk makan 70% bahan-bahan mentah dan segar iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu makan lebih banyak  buah-buahan tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai, buah naga dan lain-lainya.

Untuk sayur-sayuran, anda sangat digalakkan untuk makan ulam-ulam dan sayur-sayuran seperti bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi, keledek merah dan banyak lagi. Amalkan juga meminum jus buatan sendiri tanpa gula.  Jauhkan roti putih atau nasi putih. Sebaliknya, makanlah roti wholemeal dan beras perang.

Bagi mereka yang masih belum diberi rezeki menimbang cahaya mata, jangan pernah putus asa!.Korang amalkan permakanan yang seimbang untuk betulkan hormon dalam badan dan paling penting sentiasalah berdoa pada Allah yang Maha Memberi setiap rezeki.

Usaha Memastikan Diri Subur, Makanan Ini Perlu Ada Dalam Jadual Pemakanan Anda


Kalau korang ada tip-tip kehamilan atau kesuburan bolehlah hendaknya berkongsi agar orang lain pun dapat manfaat dan mana tahu dengan tips korang ada yang berjaya hamil. Alhamdulillah.

Kongsi tip-tip korang di ruangan komen ok =)

Terima Kasih.

tags: makanan kesuburan, kehamilan, kesuburan, tips kesuburan, petua hamil

No comments