YANG TERKINI

Hairul Azreen Nafi Kongkong Hanis Zalikha


Pelakon Hairul Azreen menafikan dakwaan yang mengatakan dia telah mengongkong isterinya, Hanis Zalikha daripada berlakon.

Hairul berkata sebaliknya Hanis sendiri yang membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada satu-satunya anak mereka, Yusuf Iskandar selain sibuk dengan urusan perniagaan.

"Sebenarnya tiada soal kongkong atau apa kerana terus-terang saya tidak kisah jika Hanis mahu berlakon selepas melahirkan anak pertama kami.

"Cuma Hanis sendiri yang mahu fokus menjaga anak kami yang masih kecil itu sendiri di rumah.

"Selain itu dia sekarang sibuk dengan urusan perniagaan tudung dan alat solek seperti gincu," katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu menerusi sebuah akhbar telah mendakwa Hanis telah dikongkong suaminya selepas dilihat tidak lagi aktif berlakon sebaik sahaja mendirikan rumahtangga dan melahirkan anak pada 3 Jun tahun lalu.

Mengulas mengenai kehidupannya kini yang sudah berkeluarga, Hairul memberitahu dia dan isteri seronok membesarkan Yusuf sendiri tanpa pembantu rumah.


"Kami tiada pembantu rumah kerana saya sendiri mahu merasa bagaimana membesarkan anak sendiri.

"Jadi saya lah yang banyak membantu Hanis menjaga Yusuf.

"Apabila Hanis perlu mengemas rumah, saya pula ambil alih menjaga Yusuf.

"Seronok jaga anak ni walaupun saya perlu belajar banyak benda baru tetapi sekurang-kurangnya saya dapat rasa bagaimana ibu bapa saya menjaga saya dulu," katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Hairul bakal muncul dalam filem Pak Pong pada penghujung bulan ini.

p/s: Siapa yang selalu tengok instagram baby yusuf ni sila komen sikit. Bijak budak ni umur baru bape bulan semua dah pandai. alahai yusuf budak comel

Sumber: Astro Gempak

tags: hanis zalikha, hairul azreen, yusuf iskandar, keknis, le bait, hairul azreen kongkong hanis zalikha berlakon

1 comment: