YANG TERKINI

Jadi 'Freethinker' Seawal 12 Tahun Kerana 'OCD', Ini Pengalaman Derita Hidup Saya

Perkataan 'OCD' pasti sesuatu yang bukan asing lagi buat kita. Dalam ramai-ramai sahabat yang kita kenali, paling tidak pasti ada seorang yang menganggap diri mereka 'OCD'. Namun, tahukah anda apa itu sebenar-benarnya 'OCD'?

Dan tahukah anda penyakit 'OCD' boleh menjadi serius dan dikelaskan sebagai penyakit mental? Mari kita dengarkan luahan hati seorang lelaki yang menghidapi penyakit Pure O OCD sejak kecil.

Jadi 'Freethinker' Seawal 12 Tahun Kerana 'OCD', Ini Pengalaman Derita Hidup Saya
Orang ada penyakit 'OCD' mesti 'annoying' tengok benda ni.

PENYAKIT MENTAL


Artikel kali ini bukan tentang biologi, anime mahupun falsafah. Ianya tentang penyakit mental saya.

Apabila kita sebut tentang penyakit mental, kebanyakan orang akan membayangkan manusia gila isim. Selekeh, serabai, cakap tak betul dan sebagainya. Itulah apa yang saya sebut sebagai mitos. Stigma. 

Saya merupakan penghidap Pure O OCD sejak kecil. OCD, Obsessive Compulsive Disorder ialah penyakit mental yang berpunca daripada masalah genetik dan komposisi kimia otak yang berlainan, menyebabkan penghidapnya mempunyai masalah dalam mengawal pemikirannya sendiri. Bunyi macam tak teruk, tapi sebenarnya teruk. Sekarang, bayangkan ada empangan yang membatasi sungai daripada mengalir deras. Katakanlah, empangan itu pecah, maka sudah pastilah sungai itu akan mengalir deras, melimpah keluar dan merosakkan kawasan yang berdekatan. Secara analoginya, sungai beraliran deras itu ialah pemikiran kita dan empangan itu ialah bahan kimia yang mengawal had pemikiran kita. Minda penghidap OCD adalah seperti sungai berempangan pecah. Mindanya tak mampu dikawal dek bahan kimia otak yang sedikit. Oleh sebab itulah, mereka akan selalu ada suara-suara hati yang mengatakan itu, ini dan menyuruh berbuat itu ini.

Jadi 'Freethinker' Seawal 12 Tahun Kerana 'OCD', Ini Pengalaman Derita Hidup Saya


Saya terpaksa terangkan tentang masalah OCD ini kerana ramai orang masih lagi salah faham. Sifat terlampau pembersih, fobia kuman tak semestinya anda seorang penghidap OCD. Masalah tak boleh kawal minda itulah sifat utama penghidap OCD. Sebagai contoh, minda OCD akan mendesak anda untuk melihat sama ada pintu pagar di rumah sudah dikunci atau belum. Anda tahu bahawa anda sudah mengunci pagar, tapi oleh sebab desakan minda OCD itu sangat dahsyat, anda tak mempunyai pilihan lain selain melihat pintu pagar anda, sama ada sudah dikunci atau belum, berkali-kali. Desakan minda itu ialah Obsessive, dan bagi meredakan minda OCD anda, anda akan melakukan ritual seperti memeriksa pagar (Compulsive). Inilah OCD.

Berlainan dengan OCD tradisional, Pure O OCD ialah OCD yang paling merbahaya. Pure O OCD ialah OCD yang tak mempunyai sebarang aktiviti Compulsive. Kamu cuma ada Obsessive sahaja. Sebab itulah Pure O. Purely Obsessional. Itulah penyakit saya. Kalau saya nak terangkan OCD dengan melalui lagu, lagu yang sesuai ialah Sad But True dan The Frayed Ends Of Sanity-Metallica.

Gejala terawal penyakit ini muncul pada saya barangkali sewaktu saya berumur 4 tahun. Saya masih lagi tak reti nak bercakap sewaktu saya berumur 4 tahun (boleh jadi sebab ibubapa saya bercakap dialek lain-lain lalu menyebabkan kekeliruan). Selain itu ialah obsesi saya tentang bagaimana rasanya mati. Saya banyak kali terbayang apa perasaan perut ditikam pisau sewaktu umur tersebut. Nasib baik TV1 banyak tayang iklan masyarakat tentang bahaya bermain benda merbahaya.

Jadi 'Freethinker' Seawal 12 Tahun Kerana 'OCD', Ini Pengalaman Derita Hidup Saya

Semasa saya berumur 8 tahun, saya dan keluarga saya bercuti di A’Famosa bagi menyambut hari lahir saya. Hadiah yang saya dapat waktu itu ialah ensiklopedia sains berbahasa inggeris dan set arkeologi olok-olok (batu simen plaster yang boleh digali seperti arkeologi). Dari sinilah, bermulanya cinta saya kepada sains. Buku tersebut habis dibaca dalam masa sehari. Bapa saya mula menanyakan soalan-soalan berdasarkan buku tersebut dan saya mampu menjawab kesemua soalan itu. Faktor ini dan juga keputusan peperiksaan saya yang cemerlang, ibubapa saya mula membeli majalah dan buku ilmiah kepada saya dan seluruh keluarga saya, tak kisah dari belah mak atau ayah, mula menganggap saya sebagai prodigi. 

Sebenarnya apa yang membuatkan fakta-fakta itu melekat ialah minda OCD saya. Minda OCD mahukan jawapan yang lebih mendalam, memaksa saya membaca dan terus membaca, sehinggakan perpustakaan mini di rumah sepupu saya habis dibaca dalam dua minggu. Dulu, saya banyak kali diharamkan menjawab soalan dalam kelas oleh cikgu. Tanya boleh, jawab tak boleh. Inkuiri saya terlampau tinggi, dan saya tak boleh kawalnya.

Jadi 'Freethinker' Seawal 12 Tahun Kerana 'OCD', Ini Pengalaman Derita Hidup Saya

Semasa saya dalam darjah 6, sesuatu yang traumatik berlaku pada saya. Ibubapa saya bercerai. Di sini, OCD saya menjadi dahsyat. Saya cuba memahami kenapa ibubapa saya bercerai. Saya sentiasa patuh pada ibubapa saya. Saya buat apa yang mereka suruh. Saya tak terjebak dengan gejala sosial dan buli. Malah, saya turut berikan mereka keputusan peperiksaan yang cemerlang sebab kata mereka, keputusan cemerlang ialah hadiah yang paling bagus. Jadi, saya ada berbuat salahkah sampai mereka bercerai? Saya ini jahat sangatkah sampai dihukum takdir sebegitu? 

Minda OCD saya mula mencelah, kalau saya budak baik, kenapa saya dapat bad ending? Bukankah Tuhan itu Maha Baik? Kalau inilah yang terbaik untuk saya, adakah itu adil? Sebagai contoh, adakah adil Tuhan menghantar taufan menyapu habis sebuah negara, sedangkan masih ada orang yang tak bersalah? Bolehkah itu dianggap sebagai adil? Di akhir rumusan minda saya, minda OCD saya mengatakan Tuhan sebenarnya tak wujud. Apa yang saya tak tahu waktu ini ialah minda OCD saya mengutarakan paradoks Epicurus:

“Adakah Tuhan berniat untuk menghalang kejahatan, tapi tak mampu? Maknanya Dia maha lemah. Adakah Tuhan mampu, tapi tak mahu halang? Maknanya Dia maha zalim. Adakah Dia mampu untuk berniat dan menghalang? Jadi, mengapa ada kejahatan? Adakah dia tidak mampu untuk berniat dan menghalang? Jadi, mengapa panggil-Nya Tuhan?”- ‘Paradoks Epicurus’

Jadi 'Freethinker' Seawal 12 Tahun Kerana 'OCD', Ini Pengalaman Derita Hidup Saya

Apa yang membuatkannya menjadi lebih teruk ialah minda OCD saya mula memutarkan memori terindah saya diselang dengan memori terburuk saya. Memori diangkat oleh bapa saya sambil ibu saya mengatakan saya ialah hadiah terindah, diselang dengan memori diberitahu berita penceraian oleh bapa saya sendiri. Benda ini berterusan dalam beberapa tahun. Akibatnya, saya tewas kepada desakan minda OCD saya dan menjadi agnostik freethinker seawal 12 tahun. Saya menolak agama.

Berikutan keputusan UPSR yang cemerlang, saya dimasukkan ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Dua tahun selepas itu, sewaktu saya melihat bintang-bintang di waktu malam, saya mula menyoal kembali pandangan minda OCD saya. Betulkah Tuhan tak wujud? Kalau nak kata Tuhan tak wujud, saya perlukan ilmu Pengetahuan Mutlak, sebab sesiapa yang ada Pengetahuan Mutlak, dialah Tuhan tu. Secara konklusinya, saya tak boleh nak kata Tuhan tak wujud sebab ilmu saya sedikit. Saya mula meneroka kembali Islam, bertaubat dan setelah sekian lama, hati dan minda saya menjadi tenang. Saya mula kembali menjadi diri saya yang positif.

Jadi 'Freethinker' Seawal 12 Tahun Kerana 'OCD', Ini Pengalaman Derita Hidup Saya

Masa terus berlalu dan saya menginjak masuk Tingkatan 4. Waktu ini, minda OCD saya mula menjadi agresif. Personaliti saya boleh bertukar menjadi ganas sekirannya diancam, termasuk sparring. Sejak dari itu saya mula menghindari aktiviti seni bela diri, kerana tak mahu cederakan orang. 2 tahun selepas itu, saya berjaya mendapat keputusan A lurus bagi SPM dan sekali lagi, minda OCD saya menyerang. Saya gagal dalam temuduga JPA ke luar negara, ditambah lagi dengan tekanan daripada orang ramai, saya akhirnya jatuh ke fasa psikosis, fasa paling teruk bagi pesakit mental. Saya tak boleh tidur sehari dan minda OCD mampu menjelma menjadi suara yang boleh didengari. Psikosis ni bukan benda kelakar. Rasa macam nak mati. Gelak sambil menangis, pada masa yang sama rasa gembira tapi murung. Semua jenis perasaan ada. Lagi teruk daripada depresi.

Selepas itu barulah saya pergi klinik psikiataris dan didiagnos mempunyai OCD. Walaupun saya sudah pulih, sudah mampu hidup tanpa ubat, kecederaan mental oleh psikosis tetap menjadi kekal. Saya sudah tak mampu nak berempati dengan manusia. Saya tak mampu bersedih, merasai dan memberi cinta, padahal itulah apa yang membuatkan manusia menjadi manusia. Saya sedikit pun tak rasa apa-apa apabila saudara dan rakan yang agak rapat dengan saya meninggal. Bagi saya, itu ialah normal. Manusia mati setiap hari. Kalau boleh, saya nak rasa sedih tapi tak boleh. Sebab itu jugalah, saya tak beberapa kisah kalau saya hidup membujang dan keseorangan sampai tua, sebab hati dah tak rasa apa-apa bila berinteraksi dengan manusia. Namun, itulah masalahnya. Tak kisahlah sejauh mana pun saya cuba hidup keseorangan, pasti ada yang akan menarik saya kembali hidup bermasyarakat walaupun saya tak ada keperluan apa apa pun dengan manusia lain. Oleh sebab itu, saya menghargai nilai persahabatan dan kekeluargaan, sekalipun dah tak mampu nak merasakan cinta.

Jadi 'Freethinker' Seawal 12 Tahun Kerana 'OCD', Ini Pengalaman Derita Hidup Saya

Jadi, dengan semua cerita ini, adakah saya menganggap penyakit saya sebagai sesuatu yang malang? Tidak. Saya menganggap penyakit saya sebagai rahmat. Saya bersyukur saya mempunyai perjalanan hidup yang kaya dengan asam garam dan pahit manis kehidupan. Saya lebih menghargai apa yang saya pandang enteng suatu ketika dahulu. Malah, penyakit ini sangat membantu saya dalam memahami falsafah.

Sejarah saya yang ini selalunya saya simpan dan pendam, tapi sudah tiba masanya saya menjadi terbuka dan menyokong gerakan hapuskan stigma penyakit mental. Penyakit mental tak bermaksud gila. Penyakit mental ialah normal, semua orang berisiko mendapat penyakit mental walaupun bukan disebabkan genetik seperti depresi dan PTSD. Malah, depresi sebenarnya sangat berleluasa dalam kalangan masyarakat. Inilah apa yang perlu dibendung sekali dengan stigma.

Sekiranya anda menjumpai orang yang dibelenggu masalah mental, jangan kata dia ni lembik, atau bersikap tak matang. Anda tak layak cakap begitu kalau anda tak pernah kena. Jadilah manusia yang membantu. Cuba fahami mereka dan bantu apa yang boleh.

Saya tak malu dengan penyakit mental saya, saya tak malu berkongsi rahsia gelap saya dan saya ialah penyokong #TeamNotAshamedMY #ImNotAshamed. Mari kita bersolidariti dengan kesemua pesakit mental! You guys rock! What doesn’t kill you makes you stronger!

-A. Akmal

A.Akmal
Sumber: A.Akmal

Tags: freethinker, ocd pemyakit mental, pengalaman hidup, a.akmal, derita ocd

No comments