YANG TERKINI

King Coco Bakal Jadi Ibu Guna Hashtag #rezekiAnak

King Coco Bakal Jadi Ibu Guna Hashtag #rezekiAnak

Selepas mendirikan rumahtangga pada awal tahun lalu, insta famous yang sering mencetus kontroversi dengan slang mat salehnya, King Coco kini hamil anak sulung.

King Coco telah memuatnaik sekeping foto sedang menikmati hidangan di atas katil (dipercayai dalam sebuah bilik hotel) berserta kapsyen dan hashtag #rezekiAnak dan #myhusbandisagreatdad.

Hashtag yang ditulis Kingcoco memberi bayangan jelas bahawa dia kini sedang hamil anak sulung bersama suaminya, Azrin Anaz Abdul Shukor.

Menerusi foto tersebut juga King Coco memberitahu kurang sihat dan berterima kasih kepada yang telah memberikan ucapan tahniah dan mendoakannya.

Bagaimanapun, usia kandungannya tidak dinyatakan.

King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail dan Azrin selamat diijab kabulkan pada 1 Januari 2017 di di Hampshire Place, Ampang.

Terdahulu, King Coco pernah dikecam netizen kerana berani mendedahkan bakal berkahwin dengan Azrin yang juga suami seorang wanita lain.

Dia dikecam teruk kerana dikatakan merampas suami seorang wanita yang sedang hamil anak ketiga.


tags: king coco, coco mix, azrin, mashaira ismail, coco hamil

No comments