YANG TERKINI

Terima Mesej Tanpa Henti, Nafi Terdesak Nak Kahwin


Status ibu tunggal yang menjadi tular di media sosial.


Di Kuala Krai,  Seorang ibu tunggal tidak menyangka status yang dimuat naik di laman sosial petang Selasa lalu, menjadi tular sehingga mengganggunya.

Mira, 32, (bukan nama sebenar) berkata, status berkenaan dimuat naik semata-mata untuk menghilangkan rasa geram dan kecewa dengan sikap individu tertentu sahaja.

Menurutnya, statusnya itu adalah hal peribadi dan tidak perlu dijelaskan secara terperinci kepada pengetahuan umum.


"Saya muat naik status ini pada jam 5 petang dan selepas itu saya mula terima mesej secara berterusan.

"Tapi pada jam 6 petang saya padam status ini kerana bosan menerima mesej tanpa henti. Malah disebabkan itu juga, telefon saya 'hang'," katanya.

Ibu kepada dua anak berusia 5 dan 12 tahun ini juga berkata, kebanyakan mesej dihantar kepadanya daripada lelaki yang mengajaknya berkahwin.


Menurutnya, dia bukan terdesak untuk berkahwin tetapi mahu menunjukkan status tersebut kepada individu berkenaan.

“Saya cuma berharap dia baca dan faham, itu sahaja. Tak sangka lain pula jadinya. Saya juga tak sangka ramai orang kongsi status saya,” katanya.

Dia percaya, status tersebut dikongsi di pelbagai kumpulan media sosial sehingga menyebabkannya tular hingga kini.

Susulan status itu juga katanya, ramai kawan-kawannya yang hubunginya kerana terkejut membaca status tersebut.

“Kebanyakan kawan-kawan faham situasi saya sekarang. Walaupun kecewa dengan apa terjadi, tapi saya bersyukur mereka berikan kata-kata semangat.

“Saya harap selepas ini orang ramai tak lagi hantar mesej ajak saya berkahwin,” katanya.

Tambahnya, bagi individu yang tidak mengetahui perkara sebenar mungkin menganggap dia terdesak untuk berkahwin berdasarkan status berkenaan.

Katanya, status itu tidak menggambarkan kehendaknya sekarang dan hanya yang benar-benar mengetahui situasi sebenar memahami dirinya.


Sumber: Sinar Harian

tags: status nak kahwin, janda. facebook, status facebook tular

No comments