YANG TERKINI?

Emmanuel Eboue Ditawarkan Pekerjaan Selepas Dedah Mahu Bunuh Diri Di Akhbar UK

Sebelum ini, viral berita mengenai pemain bola sepak terkenal yang dahulunya hidup sebagai seorang jutawan, namun kini hidup gelandangan sehinggakan beliau ingin membunuh diri.

Inilah yang hampir-hampir berlaku kepada bekas pemain Arsenal dan Galasataray kelahiran Ivory Coast, Emmanuel Eboue menerusi pendedahan eksklusif beliau kepada Mirror UK.

Emmanuel Eboue Ditawarkan Pekerjaan Selepas Dedah Mahu Bunuh Diri Di Akhbar UK

Eboue dilaporkan hampir-hampir membunuh diri selepas beberapa insiden malang bertimpa-timpa melanda dirinya. Daripada seorang jutawan, Eboue kini tinggal sehelai sepinggang berikutan kes perceraian beliau dengan isterinya.

Mujurlah ada yang tampil membantu beliau. Semalam media Turki, FutbolArena melaporkan Galatasaray bakal memberikan hadiah terbesar dalam hidup manusia ini kepada bekas pemainnya, Emmanuel Eboue. Pengarah Teknikal Galatasaray, Fatih Terim dipetik berkata, “Kita akan apa sahaja yang kita mampu untuk membantu [Eboue].”

Emmanuel Eboue Ditawarkan Pekerjaan Selepas Dedah Mahu Bunuh Diri Di Akhbar UK

Galasataray dilaporkan bakal memberikannya jawatan sebagai jurulatih pasukan akademi bawah-14 kepada Eboue beserta gaji yang setaraf dengan statusnya sebagai bekas pemain.

Emmanuel Eboue Ditawarkan Pekerjaan Selepas Dedah Mahu Bunuh Diri Di Akhbar UK

Selain itu, Galasataray juga akan memberikan bekas pertahanan yang sedang digantung FIFA kerana tidak membayar ejennya ini peluang untuk mempelajari lesen-lesen kejurulatihan yang diperlukannya untuk maju.

No comments