YANG TERKINI?

Ibu Elfira Loy Jadi Kecaman Netizen

Ibu Elfira Loy Jadi Kecaman Netizen

Gossip berkenaan putus tunang Sufian Suhaimi dan Elfira Loy baru - baru ini menggemparkan industri hiburan Malaysia. Ramai peminat merasakan tindakan ini diluar jangkaan mereka. Namun apabila ibu Elfira Loy iaitu Filzah Yusuf membuat kenyataan tentang isu putus tunang anaknya di laman Instgram, ramai netizen tidak berpuas hati dan beranggapan wanita ini adalah punca kepada perpisahan pasangan ini.

Walaubagaimanapun, Elfira menyifatkan tindakan ibunya itu adalah untuk mempertahankan maruahnya berkaitan kes putus tunang. Sebagai anak, Elfira tidak dapat menahan sebaknya ketika ratu hatinya itu menerima kecaman hebat.
Selepas apa yang berlaku, emak sanggup ambil segala tuduhan kerana tak nak orang kutuk saya. Dia cakap tidak apa kalau orang benci mama, cakap buruk fasal mama, janji orang tahu saya bukan macam itu dan saya wanita kuat.
Ibu Elfira Loy Jadi Kecaman Netizen
Saya kasihan bila orang cakap macam itu dekat mak saya sebab saya tak pernah cakap ayat buruk macam itu dekat mak orang lain, tapi saya tahu dia buat ini semua supaya orang tahu saya tak salah kerana saya dah buat yang terbaik.
Apa pun yang berlaku, Elfira tetap menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk beliau terus bangkit dan percaya apa yang dilakukan oleh Filzah merupakan perancangan yang terbaik.

Sumber: beautifulnara

Post a Comment

0 Comments