YANG TERKINI?

Sanggup Gelapkan Kulit Untuk Jadi Bomba - Hairul Azreen

Sanggup Gelapkan Kulit Untuk Jadi Bomba - Hairul Azreen

Suami kepada Hanis Zalikha, Hairul Azreen Idris mengakui terpaksa menggelapkan kulit dan membina otot demi menggalas menggalas tanggunggjawab sebagai anggota bomba. Hairul berkata, wajahnya yang ‘jambu’ merupakan cabaran buatnya dalam filem terbaru lakonannya berjudul Qhaliq.

Sanggup Gelapkan Kulit Untuk Jadi Bomba - Hairul Azreen
“Saya terpaksa hitamkan muka, kuruskan badan dan 'buat' badan untuk berlakon filem aksi ini. Malah, saya berjemur di tengah panas, berjogging untuk nampak bentuk muka 'askar' dan hilangkan muka ‘jambu’ sekejap," katanya kepada Astro Gempak.
 Tambahnya, ketika mendapat tawaran filem tersebut, dia dalam persediaan untuk memulakan penggambaran Polis Evo.

"Persediaan saya melakonan watak ini, saya perlu faham tugas sebagai anggota bomba, macamana anggota bomba bekerja dan tengok apa yang mereka buat. Apabila saya tengok mmereka bekerja dan jadi sebagai anggota bomba, saya berasa bangga kerana mereka adalah penyelamat yang dekat dengan masyarakat. Malah, saya ingat sudah cukup fit tapi mereka sebenarnya lagi kuat, boleh tahan panas, api dan memang patut kita kagum dengan anggota bomba," katanya.
Hairul ditemui ketika majlis tayangan perdana filem tersebut di Mutiara Damansara pada malam Khamis. Dalam pada itu, Hairul turut berharap agar Qhaliq dapat menarik minat orang ramai ke pawagam untuk mengetahui dengan lebih dekat tugas seorang anggota bomba.

Sumber: gempak.com

No comments