YANG TERKINI?

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Kali ini kami ingin kongsikan tips bagaimana anda boleh memiliki kabinet dapur dengan budjet RM1.5K sahaja. Tips ini kami kongsikan dari seorang peminat IKEA. Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh beliau.

Disebabkan kabinet dapur mahal sekitar Kedah ini jadi kami beli kabinet dapur IKEA dan pasang sendiri je lah. Jumlah keseluruhan untuk kabinet dapur, singki dan paip tak sampai RM1.5K.

Hari ni proses pasang kitchen cabinet IKEA sendiri. Diulang sendiri. Hehe.. sebab kalau nak buat kabinet dapur di kedai dah survey haritu RM3.5k untuk design macam ni. Disebabkan beli & pasang sendiri dapat la jimat sikit. Tak sampai 1.5k pun (harga kabinet+pintu+top+sinki+paip+kaki). Jimatkan? Waranti kabinet 25 tahun IKEA bagi. Brand kabinet METOD, kalau jenis FYNDIG tak ada waranti.

Cara nak buat:

1. Design dan susun dulu kedudukan kabinet dapur. Lukis pakai tangan je tapi pastikan guna skal yang betul, baru boleh padan.


2. Pergi IKEA beli kabinet+pintu+kaki+etc

3. Bawa balik barang yang dah beli ke rumah & pasang ikut manual yang IKEA dah bagi. Sebab rumah yang nak pasang KC ni di KEDAH, Jadi redah muatkan dlam kereta je. Nasib baik ngam. Proses pasang kabinet ni sekejap je dalam sejam macam tu dh siap.

4. Lepas tu pasang sinki+paip+dapur. Sebab bab ni tak hebat lagi, jadi terpaksa panggil orang lain tebuk & pasang. Hehe...

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Tips Membina Kabinet Dapur Dengan Budjet Kurang RM1.5K?

Kos :
-Kabinet ikea 6 pintu (METOD) + sinki (FYNDIG) + top (EKBACKEN) + kaki = RM1.4+k
-Hood + hob+ serombong = RM1.4k
-Upah pasang hood = RM200
-Hob tebuk sendiri
-Upah pasang sinki + buat paip (sebab ubah kedudukan sinki) = RM250

sumber: Wan Isnzr

No comments