YANG TERKINI?

Datuk Merogol dan Mencabul 2 Orang Cucu



Datuk Merogol dan Mencabul 2 Orang Cucu


IPOH - Seorang datuk bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 50 tahun dan sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan mencabul dua cucunya yang berusia enam dan lima tahun pada bulan lalu.

Tertuduh yang merupakan bekas tukang kebun berusia 71 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan terhadap cucunya yang berusia enam tahun itu di sebuah rumah di Desa Chemor Permai di sini antara pukul 7 malam 3 Jun hingga 7 pagi 6 Jun lalu. 

Tertuduh didakwa melalukan sumbang mahram tersebut di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan kika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan seksual fizikal ke atas adik mangsa berusia lima tahun dengan cara memasukkan jari ke dalam lubang dubur mangsa di lokasi dan waktu sama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam bela, Sukhdev Singh. Naidatul Athirah memohon mahkamah untuk tidak membenarkan tertuduh dijamin. 

Terdahulu, dalam rayuan kepada anak guamnya memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 atas alasan kesihatan tertuduh serta kemampuan kewangannya selain menyatakan kedua-dua mangsa tidak tinggal bersama tertuduh. 

Julie Lack membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. Tertuduh masih belum membayar jaminan tersebut.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh agar tidak menghubungi mangsa dalam apa cara sekalipun serta dan menetapkan 13 Ogos depan untuk sebutan semula kes. 


Sumber : K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments