YANG TERKINI?

Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penyakit lemah syahwat.

Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penyakit lemah syahwat.

Kuala Lumpur: Masih ada individu yang taasub kononnya sup daging labi-labi boleh membesarkan saiz alat kelamin selain organ haiwan liar dilindungi itu boleh mengubati lemah syahwat.

Malah wujud kepercayaan lain daging haiwan ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit serta melambatkan proses penuaan. Ia antara faktor haiwan liar itu terus diburu secara haram bagi memenuhi permintaan penggemar makanan eksotik tempatan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, terbaru pihaknya menyerbu sebuah restoran di Georgetown, Pulau Pinang pada jam 12 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, sepasukan anggota Unit Penguatkuasa PERHILITAN Negeri Pulau Pinang menyoal siasat seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis berusia 40-an.

“Hasil pemeriksaan dijalankan menemui seekor labi-labi muncung babi Pig-nosed turtle yang diletakkan di dalam akuarium kaca di bahagian dalam premis itu.

“Labi-labi muncung babi itu dirampas dan dibawa ke pejabat PERHILITAN untuk tindakan lanjut,” katanya.


Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penyakit lemah syahwat.

Menurutnya, pihaknya kerap kali membongkar kegiatan pihak tertentu yang memburu haiwan itu untuk dijadikan hidangan makanan eksotik.

“Mereka percaya kononnya daging haiwan ini memiliki pelbagai khasiat menyebabkan hidupan liar yang dilindungi itu menjadi buruan dan dibunuh.

“Ia dibuktikan apabila PERHILITAN pernah membongkar tindakan pengusaha restoran di Cheras di sini, yang menjual pelbagai hidangan daging hidupan liar eksotik kepada pelanggan termasuk labi-labi.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, pegawai PERHILITAN merampas tiga ekor labi-labi selain kaki beruang, hidung tapir, 20 keluang dan daging babi hutan,” katanya.

Serbuan di dua premis penyembelihan babi di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu pernah dilakukan dan PERHILITAN merampas 40 labi-labi dan 20 katak.

“Labi-labi dan katak yang disimpan ini dipercayai untuk dijual di restoran berhampiran,” katanya.

Kadir berkata, aktiviti menangkap haiwan ini perlu dibendung bagi mengelakkan spesis reptilia itu pupus akibat pemburuan haram.

Labi-labi diburu secara haram bagi mengubati penyakit lemah syahwat.


Sumber : K! Online


No comments