YANG TERKINI?

Suri rumah dirogol bomoh tiga kali ketika proses rawatan terkena ‘buatan orang’

Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Nasib seorang suri rumah yang mahu mengubati penyakit ‘buatan orang’ bagai jatuh ditimpa tangga apabila dirinya menjadi mangsa rogol ketika mendapat khidmat rawatan seorang bomoh dalam tiga kejadian di sini bulan lalu.

Mangsa yang berusia 40 tahun dan telah bersuami mendakwa dirinya dirogol tiga kali oleh bomoh dikenali dengan panggilan Ah Keong, 52, di sebuah hotel bajet, tokong dan di sebuah rumah kedai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mangsa mengenal bomoh berasal dari Kedah itu pada awal Mei lalu sebelum dia menjalani rawatan pertama di sebuah chalet di Pantai Cahaya Bulan di sini dengan upacara mandi bunga bagi membuang masalahnya yang didakwa suka meracau selepas terkena ‘buatan orang’.

Menurut beliau, semasa rawatan mandi bunga mangsa disuruh tidak melanggar pantang larang iaitu makan atau hadir ke mana-mana majlis kenduri bagi mengelak keluarga dan suaminya ditimpa masalah

Sumber: Kosmo Online

No comments