YANG TERKINI?

Lagenda Komik Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia

Pengasas Komik Marvel, Stan Lee Meninggal Dunia

Bagi peminat - peminat Superhero terbitan Marvel-Comic malahan yang mengikuti siri franchise Marve Avengers pastinya mengenali siapakah Stan Lee. Beliau merupakan penulis legand, editor dan penerbit bagi komik - komik Superhero Marvel seperti Spider-Man, Thor, X-Men dan banyak lagi title superhero yang terkenal.

Dukacitanya Stan Lee telah meninggal dunia pada Isnin lalu diusia 95 tahun. Berita ini disebarkan oleh media - media Barat selepas Stan Lee dimasukan ke hospital Cedars Sinai di Los Angeles dan menghembus nafas terakhir sejurus dimasukkan ke wad kecemasan.

Lee memulakan dunia adiwira Marvel bersama Jack Kirby pada tahun 1961 dengan  ‘The Fantastic Four’.

Mendiang kemudiannya mencipta watak-watak seperti ‘Spider-Man’, ‘Black Panther’, ‘The Incredible Hulk’, ‘X-Men’, Iron Man dan ‘The Avengers’.

Beliau juga banyak kali mencuri perhatian penonton dengan kemunculan cameo dalam kesemua filem-filem Marvel tersebut.

Hubungan Lee dengan Marvel pernah mengalami masalah apabila syarikat itu memperoleh kejayaan di Hollywood.

Beliau telah memfailkan saman pada 2002 atas isu royalti, yang tidak dibayar sewaktu kemunculan filem pertama ‘Spider-Man’.

Tiga tahun kemudian, kes itu selesai dengan membabitkan wang sejumlah AS$10 juta.

Isteri Lee, Joan, meninggal dunia pada tahun 2017 pada usia 69 tahun.

Para peminat komik, khususnya fanatik dunia adiwira terkejut dan bersedih dengan berita kematiannya.

Antara kata-kata Lee yang paling diingati oleh peminatnya adalah: “Saya pernah berasa rendah diri kerana ketika rakan-rakan yang lain membina bangunan, saya hanya membuat komik.

“Namun, saya akhirnya sedar bahawa hiburan adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan.

“Apabila saya dapat menghiburkan orang, saya yakin saya telah melakukan sesuatu yang betul.”

Post a Comment

0 Comments