Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia

Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia

Kami dimaklumkan satu berita yang menyedihkan pada pagi ini apabila chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam telah meninggal dunia pada pagi tadi akibat jangkitan paru - paru.

Berita itu telah disahkan oleh sepupu arwah yang juga pelakon dan pengacara terkemuka negara, Neelofa melalui satu perkongsian InstaStory-nya sebentar tadi.

Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia

Chef Adam begitu popular di Internet terutamanya di platform Instagram apabila beliau sering berkongsikan video masakannya di platform media sosial berkenaan.

Beliau juga merupakan bapa saudara kepada pasangan adik-beradik Fatimah dan Ali yang popular di media sosial kerana petah berdialek Kelantan walaupun tingga di United Kingdom. Arwah digelar sebagai Mamajee dan sangat rapat dengan mereka berdua.

Menurut seorang lagi sepupu arwah yang menggunakan nama natashaamran di Instagram, jenazah arwah akan disembahyang di Masjid Telipot, Kota Bharu pada pukul 10 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Lemal, Pasir Mas hari ini.

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham dan pemergian ini pasti dirasai oleh ramai pihak terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan arwah di media sosial.

 Al-Fatihah.

Post a Comment

0 Comments