Intel dan Qualcomm Juga Putuskan Hubungan Dengan Huawei

Intel dan Qualcomm Juga Putuskan Hubungan Dengan Huawei

Nampaknya kisah sedih Huawei belum berakhir lagi. Beberapa jam selepas Google membuat pengumuman bahawa mereka tidak dapat memberikan lesen android kepada Huawei atas sekatan US, mereka sekali lagi menerima tamparan yang hebat.

Syarikat pengeluar dan pembekal cip gergasi iaitu Intel, Qualcomm dan Broadcom turut mengesahkan mereka akan memutuskan ‘hubungan’ dengan Huawei berkuat-kuasa serta merta.

Menurut sumber, kesemua syarikat pembuat cip tersebut telah dimaklumkan untuk berhenti menjual perkakasan kepada Huawei sehingga notis selanjutnya.

Sementara itu, Microsoft belum memberi sebarang komen berhubung isu ini sama ada ingin terus membekalkan sistem operasi Window bagi komputer riba Huawei. Namun, terdapat kemungkinan bahawa mereka akan turut mengikut jejak langkah yang sama.

Penghentian jualan perkakasan dan sokongan perisian ini dibuat setelah Huawei disenaraikan ke dalam Entity List oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana didakwa meningkatkan risiko terhadap keselamatan negara.

Perkara ini sekaligus membuatkan semua syarikat yang berada di A.S tidak boleh melakukan sebarang perdagangan dengan Huawei, melainkan mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan sendiri.

Sumber: SiakapKeli

Post a Comment

0 Comments