Jangan Tekan 'Snooze' Setiap Kali Alarm Berbunyi

Siapa tekan snooze kita geng!


Boleh dikatakan majoriti daripada kita akan menggunakan penggera bagi mengejutkan kita daripada tidur. Telah menjadi kebiasaan, sekiranya jam penggera berbunyi, kita akan menekan butang ‘snooze’ supaya dapat kembali tidur dalam tempoh yang singkat sebelum bangun.

Tidak kiralah kita gunakan jam loceng biasa ataupun telefon bimbit untuk menetapkan penggera, kita sentiasa akan memilih untuk melanjutkan tidur dalam beberapa minit. Namun, sedarkah anda perlakuan tersebut sebenarnya membawa kesan buruk terhadap diri dan kesihatan anda ?

Perkara ini kerana perbuatan menekan butang ‘snooze’ boleh menyebabkan peningkatan dalam tempoh inersia. Tidur inersia merupakan perasaan gugup atau pening yang terkesan kepada kebanyakan orang ketika mereka bangun tidur. Disebabkan minda kita yang masih belum bersedia untuk bangun daripada tidur, keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko pening kepala yang kebiasaannya berlaku 15 hingga 30 minit.


Akibatnya, badan menjadi lemah dan mengantuk sehingga tidak dapat menumpukan perhatian pada aktiviti yang akan dilakukan.

Dengan menekan butang ‘tunda’ pada penggera, kita beranggapan dapat kembali tidur beberapa minit dan hormon dari badan akan dilepaskan. Namun, kita tidak sedar sebenarnya kita telah menipu badan kita sendiri.

Seperti kebiasaan yang dialami oleh kebanyakan daripada kita, terjaga daripada tidur yang sekejap  boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dan tidak segar sepenuhnya.

Post a Comment

0 Comments