Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Tahukah anda masih ramai yang tak tahu selok-belok tentang pembiayaan peribadi. Nak tanya kat bank nanti takut termakan promosi bank pula.

Kalau anda nak tahu, boleh dikatakan semua Bank akan cuba menggoda anda untuk memohon pinjaman jika anda bertanya tentang apa sahaja berkaitan pinjaman peribadi.

Jadi sebelum anda memohon pinjaman peribadi dengan bank, apa kata anda baca dahulu panduan yang kami sediakan ni untuk memudahkan anda memahami apa itu pinjaman peribadi dan bagaimana untuk memohon supaya permohonan anda mudah diluluskan bank.

Apa Itu Pinjaman Peribadi?

Secara ringkas, pinjaman peribadi adalah wang yang anda ‘pinjam’ dari institusi kewangan dengan kadar faedah dipersetujui yang anda bayar dalam tempoh tertentu.

Mereka yang memohon pembiayaan peribadi menggunakan wang pinjaman untuk banyak perkara; modal kahwin, beli kereta, bayar hutang PTPTN, melancong, dan sebagainya.

Pendek kata pinjaman peribadi sesuai digunakan untuk semua perkara, kecuali memulakan perniagaan.

Jenis Pembiayaan Peribadi

Terdapat dua jenis pembiayaan peribadi, iaitu “secured personal loans” dan “unsecured personal loans”. Apa yang membezakan kedua-dua jenis “personal loan” ini?

Pembiayaan Peribadi Bercagar (Secured Personal Loan)

Ini adalah jenis pinjaman yang memerlukan penjamin atau cagaran. Cagaran yang dimaksudkan adalah bentuk hartanah.

Ini bermaksud sekiranya peminjam gagal menjelaskan bayaran loan, bank boleh merampas cagaran atau memindahkan tanggungjawab kepada penjamin.

Pinjaman jenis “secured personal loans” selalunya digunakan oleh individu yang mempunyai rekod kredit yang lemah. Walau bagaimanapun pinjaman jenis ini juga diminati kerana kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman lain.

Pembiayaan Peribadi Tak Bercagar (Unsecured Personal Loans)

Ini adalah pinjaman peribadi yang popular pada masa sekarang. Jenis pinjaman ini tidak memerlukan penjamin atau sebarang cagaran. Pinjaman jenis ini juga lebih pantas dan lebih mudah diluluskan oleh pihak bank jika pemohon menepati syarat-syarat  minima yang ditetapkan.

Tetapi jenis pinjaman ini mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding pinjaman-pinjaman bank yang lain.

Tempoh Bayaran Semula Pinjaman Peribadi

Tempoh pembayaran adalah bergantung kepada jenis pinjaman peribadi yang diluluskan, dan peminjam boleh memilih tempoh bayaran semula yang sesuai dengan situasi kewangan mereka.

Boleh dikatakan semua bank yang menawarkan pinjaman peribadi mempunyai tempoh bayaran semula yang fleksibel – sesingkat 1 tahun sehingga mencapai 7 tahun.

Sebagai contoh, pihak AEON Credit menawarkan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 7 tahun untuk pinjaman peribadi AEON iCash. Manakala CIMB pula menawarkan tempoh bayaran dari 1 tahun sehingga 5 tahun untuk CIMB Cash Plus & CIMB Xpress Cash.

Nilai bayaran semula ini pula bergantung kepada kadar faedah yang dikenakan untuk pelan pinjaman peribadi tersebut.

Kadar Faedah Pinjaman Peribadi

Seperti tempoh bayaran, kadar faedah pembiayaan peribadi juga adalah bergantung kepada jenis pinjaman bank yang dipohon.

Setiap bank mengenakan kadar faedah yang berbeza untuk pelan pinjaman mereka.

Pada masa sekarang, kebanyakan bank di Malaysia menawarkan dua jenis pelan pembiayaan peribadi. Jenis pelan pinjaman yang saya maksudkan di sini bukanlah “unsecured personal loan” dan “secured personal loan”, tetapi pinjaman patuh syariah dan pinjaman konvensional.

Oleh kerana agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam, kebanyakan bank mula menawarkan pinjaman patuh Syariah yang menggunakan konsep Bai Al-Inah.

Secara ringkas, pelan pembiayaan peribadi bank yang berkonsepkan Bai Al-Inah mempunyai kadar faedah tetap berbanding pelan pembiayaan peribadi yang biasa.

Pelan pinjaman yang tidak menggunakan konsep Bai Al-Inah pula menawarkan kadar faedah yang berubah. Selalunya kadar faedah ini bergantung kepada nilai pinjaman yang diluluskan.

Bagaimana Memilih Pelan Pinjaman Yang Sesuai?

Pemilihan pelan pinjaman yang sesuai bergantung kepada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan.

Faktor seperti status kewangan anda sangat mempengaruhi pelan pembiayaan peribadi yang perlu anda pilih.

Anda juga perlu tahu tujuan anda ingin mendapatkan pembiayaan peribadi dari bank. Adakah anda terdesak dan inginkan pinjaman segera tanpa penjamin atau cagaran.

Dan adakah anda pasti anda akan dapat membayar kembali pinjaman tersebut mengikut kadar faedah yang ditetapkan oleh bank?

Itu adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan anda untuk mendapatkan pinjaman.

Menggunakan Pembiayaan Peribadi Dengan Bijak

Sesetengah individu yang pandai mengurus kewangan mereka akan memilih untuk mendapatkan pembiayaan peribadi untuk membeli barang – walaupun mereka mampu untuk mendapatkan barangan tersebut secara tunai.

Contohnya dari menggunakan simpanan untuk motor, anda boleh dapatkan pembiayaan peribadi untuk tujuan tersebut – dan gunakan simpanan anda untuk pelaburan yang lebih menguntungkan.

Perkara Lain Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Memohon

Selain tempoh bayaran semula dan kadar faedah yang dikenakan, terdapat beberapa perkara lain yang perlu anda beri perhatian sebelum memohon pinjaman.

Antara perkara dan istilah yang anda perlu ambil tahu:

Syarat & Terma pinjaman – siapa yang nak baca syarat & terma kan? Sudahlah panjang, mengelirukan pula tu. Cara paling mudah untuk mendapat penjelasan tentang syarat & terma pinjaman adalah dengan berhubung terus dengan pegawai bank. Mereka boleh terangkan syarat & terma pinjaman. Atau jika anda menggunakan perkhidmatan kami, anda boleh tanya apa sahaja berkaitan pinjaman kepada kami, kami akan bantu anda.

Penalti – Semua bank mengenakan penalti atau denda lewat bayar. Selalunya jumlah ini adalah 1% dari jumlah pinjaman. Tetapi terdapat bank yang mengenakan lebih.

Per annum (p.a) – Ini adalah istilah yang digunakan untuk “interest rate” atau kadar faedah tahunan. Lebih lama anda mengambil masa untuk membayar balik pinjaman, lebih tinggi nilai kadar faedah yang perlu anda bayar.

Cara Memohon Pinjaman Peribadi Bank di Malaysia

Cara memohon pinjaman pada sekarang sangat mudah. Kebanyakan bank sudah menyediakan permohonan secara atas talian (online) untuk memudahkan pemohon.

Secara ringkas, anda boleh memohon pinjaman bank melalui kaedah berikut:

Walk-In ke Bank

Jika anda boleh luangkan masa, anda boleh memohon pinjaman peribadi dengan cara walk-in ke cawangan bank terdekat.

Mohon Secara Atas Talian (online)

Seperti yang saya katakan sebelum ini, kebanyakan bank sudah menyediakan kemudahan untuk memohon pinjaman peribadi secara atas talian, atau online. Anda cuma perlu isi maklumat berkaitan dan akan dihubungi oleh pihak bank untuk urusan selanjutnya.

Post a Comment

0 Comments